Buletin

COVID-19

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN WABAK COVID-19

 

Pada bulan Disember 2019 yang lalu, seluruh dunia telah dikejutkan dengan wabak  COVID-19 yang mula dikesan di Wuhan, China. Penyakit kritikal ini juga mula menular di negara kita pada awal tahun 2020 hingga mencatatkan kematian pada 17 Mac 2020.

Kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak COVID-19 dari terus merebak di negara kita. Namun begitu, apakah peranan kita sebagai warga Malaysia dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 ini?

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 ini.

Langkah Pertama : Lakukan Ujian Saringan

Sila ke pusat kesihatan yang berdekatan untuk membuat ujian saringan jika mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selsema. Anda juga boleh menggunakan self-test kit yang boleh didapatkan di farmasi.

Langkah Kedua : Kuarantin Diri

Sekiranya anda baru pulang dari negara-negara yang berisiko seperti Amerika Syarikat, India dan Brazil, anda dinasihatkan untuk melaporkan kepada Pusat Kesihatan dan menjalani kuarantin selama 10 hari berturut-turut.

Langkah Ketiga : Sentiasa Memakai Topeng Pelitup Muka

Amalkan pemakainan topeng pelitup muka setiap kali keluar dari rumah. Keraplah menukar topeng muka dari semasa ke semasa.

Langkah Keempat : Kekal di rumah atau 'Stay at home'

Kekal dirumah jika tiada keperluan yang penting untuk keluar. Inilah masa yang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga dirumah sekaligus dalam menghindarkan diri dari jangkitan wabak COVID-19.

Langkah Kelima : Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah

Sentiasalah mengutamakan kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan dengan betul dan menggunakan hand sanitizer apabila keluar rumah. Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga digalakkan untuk membasmi virus di sekitar rumah kediaman masing-masing. 

Langkah Keenam : Amalkan penjarakkan 1 meter

Pastikan anda mengamalkan penjarakkan 1 meter apabila perlu berhubung dengan orang awam. Elakkan bersentuhan antara satu sama lain untuk mengelakkan jangkitan wabak COVID-19.

© 2019
GOLAC COMMERCE

1363326-P