Tentang Syarikat

Latar Belakang Syarikat

Golac Commerce (M) Sdn Bhd terbentuk sebagai syarikat pembekal minuman bernutrisi berasaskan bahan semulajadi yang berkualiti tinggi yang dapat memberi manfaat dan membantu jutaan insan yang mempunyai masalah kesihatan.

Diasaskan sejak tahun 2017 di Sungai Petani, Kedah dan sehingga kini bergerak aktif berkongsi kebaikan produk-produk yang dihasilkan melalui ujikaji yang dijalankan.

Golac Commerce (M) Sdn Bhd mengetengahkan produk berasaskan Probiotik berkualiti tinggi yang menjadi rahsia warga jepun sejak dahulu lagi, menyedari keperluan produk berasakan Probiotik masih kurang di pasaran Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, maka lahirlah gabungan ramuan asli yang berkualiti tinggi melalui ujikaji yang berterusan dijalankan oleh kami. Bahan asas seperti, herba dan makanan Sunnah juga merupakan keutaamaan kami untuk menghasilkan gabungan yang terbaik

Mengikut saranan kerajaan, Golac Commerce (M) Sdn Bhd aktif menjalankan perniagaan secara atas talian (e-commerce) serta mempunyai keluarga ejen dan stokis besar di seluruh Malaysia.

WhatsApp Image 2021-10-18 at 11.11.19

Kualiti

Menjaga kualiti merupakan keutamaan Golac Commerce (M) Sdn Bhd., oleh itu segala aspek dipelihara ketelitian dan kualiti bermula dari pembekal bahan mentah, pengilangan, pembungkusan dan khidmat pelanggan.

Harapan

Hidup tanpa harapan ibarat hidup tanpa isi. Semoga ianya dipermudahkan dari dunia hingga ke akhirat.semoga dengan tertubuhnya Golac Commerce (M) Sdn Bhd ini dapat memberi dan menyampaikan manfaat kepada insan dan dengan besar harapan kami untuk menjadi antara peneraju produk kesihatan bernutrisi tinggi di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara

© 2019
GOLAC COMMERCE

1363326-P